Blogger Widgets

Navigation

::Chat & Comment

Mar 2, 2009

Buat 'Zoom Effect' Guna Adobe Photoshop (Radial Blur)

Macam mana nak buat efek Blur atau Zoom pada gambar..??
First thing first, buka Adobe Photoshop dulu..Di sini saya guna adobe versi CS3.
Kemudian pilih satu gambar, contohnya seperti di bawah ni..



Seterusnya klik pada Pen Tool(P) pada kotak Tools sebelah kiri.



Seterusnya, gunakan Pen Tool tu dan klik pada sekeliling gambar Ipod Nano tersebut seperti contoh kat bawah ni. Klik pada bahagian tepi Ipod Nano tu sehingga titik awal bertemu dengan titik akhir garisan itu..Pastikan Opacity pada kotak layer di bahagian kanan sebelah bawah tu di setkan pada 0%.



Bila dua titik ni bertemu, kemudian Right Click pada mouse dan pilih Make Selection macam gambar kat bawah ni..



Kemudian akan timbul satu kotak opsyen seperti di bawah ni dan klik Ok.



Lepas tu, gambar Ipod Nano tu akan ada garisan putus-putus kat bahagian tepi. Klik atau aktifkan layer asal pada kotak Layer. Dalam contoh ni nama layer tu adalah Background.



Kemudian, klik Quick Selection Tool(W) pada kotak Tools sebelah kiri, dan Right Click pada gambar Ipod Nano tu dan pilih Layer Via Copy..Akan timbul satu layer baru kat kotak layer tu dengan nama Layer 1. Kemudian aktifkan balik layer yang namanya Background tu. Lepas tu kat bahagian menu sebelah atas tu klik Filter >> Blur >> Radial Blur..



Seterusnya akan muncul satu kotak seperti bawah ni..Klik Zoom dan Best..Nombor amount tu letak la sesuka hati sehingga anda berpuas hati dan klik Ok.



Anda akan mendapat hasil seperti kat bawah ni..Siap!!!



Have a nice day...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...