Blogger Widgets

Navigation

  • I'm a freelance graphic designer
  • Fav Ku..Hala Madrid..
  • Adik Adik Perempuan Ku

::Chat & Comment

Aug 27, 2010

Pengalamanku

Time bulan puasa ni teringat pula beberapa situasi yang pernah berlaku terhadap sy dalam dua ke tiga tahun sblm ni..

1: 1st skali masa blajar kat Johor dalam tahun 2006..Masa tu tengah bulan puasa..Ingat lagi masa tu lepak kat rumah member sampai pagi then trus join dorang pegi sahur skali tapi tak makan, minum je..Sambil tu tengok main bola (EPL) kat warung tu..Masa tu Chelsea tengah main tapi x ingat pula lawan sapa..Balik rumah then tgh hari baru bangun.. :P

2: Kejadian ni berlaku masa bulan puasa juga..Masa tu naik flight dari Senai Johor ke Miri Sarawak (selalu time mcm ni mmg tak sabar nak sampai Miri). Tapi kena transit dulu di KLIA. Tu la 1st time jejak kaki kat KLIA..Kagum tgk airport tu yg besar. Nasib baik pandai membaca signboard..Kalau tak, mesti tak balik Sarawak dah. Sblm naik flight ke Miri, sempat la tengok2 sekeliling airport tu..Lagi pun masa masih banyak..Kebetulan pula ada kedai makan kalau tak silap saya McD..Jadi, oleh kerana lapar saya pun pergi ke kaunter tu dan akak tu senyum..Sy pun membalas senyuman tersebut :P. Sementara sy memilih mknan yang hendak di order kat menu tu, saya perasan yang akak tu tengok semacam kat saya..Perbualan tu mcm kat bawah ni.. :P

Akak: Emm...
Saya: Ye..(Sambil melihat tepat ke mata akak tu)
Akak: Boleh saya tanya?
Saya: Ya..kenapa kak?
Akak: Emm..awak ni Melayu ke apa?
Saya: Oh, bukan lah kak. (Sambil tersengih).
Akak: Oo ye ke..Ok.

Seterusnya saya pun order la makanan.. :P

3: Seterusnya, kejadian ni berlaku pada bulan puasa juga..Masa tu baru balik dari Church dengan member..Jadi, macam biasa, sebelum balik dari bandar, singgah sebentar membeli minuman di Sky Park untuk buang dahaga..Sambil duduk, saya pun meneguk air berkarbonat itu dan tidak lama kemudian, 4 org lelaki dan salah sorangnya guna jubah putih dan berjanggut panjang datang tepat ke arah saya. Saya yang kehairanan dan tak tahu apa2 dengan tangan masih memegang tin minuman tersebut..Dan perbualannya seperti ini.

Pakcik: Dik, tengok I.C
Saya: Oh..(Tanpa berkata apa2 saya pun tunjukkan I.C)
Pakcik: Dari mana? (Sambil tengok I.C tu)
Saya: Dari Miri, Sarawak (Masih tak tahu apa motif pakcik tu minta I.C)
Pakcik: Belajar sini?
Saya: Ya.
Pakcik: Kat mana?
Saya: UMSKAL.
Pakcik: Ooo..(Sambil memberi balik I.C saya dan terus beredar dari situ)

Tak jauh dari situ, pakcik tu dan rakan setugasnya menangkap beberapa org yang merokok dan mengeluarkan saman. Ooo, itu pula motif pakcik tu. Nak tangkap orang yang tak puasa..Silap orang pula..Sebab janggut saya tebal kot masa tu.. :P
Tu lah antara pengalaman yang saya dapat masa bulan puasa masa hidup merantau..

*Kadang-kadang seronok juga hidup merantau.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...