One more thing, rasa bangga juga tgk banner & banting yg aku design digantung kat tempat gig tu..hehe..masa design tak pula rasa puas hati, tapi bila dah print besar macam tu nampak WOOW, kagum pula (bukan nak bangga diri..hehe).
Overall, event ni mmg success cuma kurang mendapat sambutan bcoz crowd x ramai hari tu..thats my opinion. Hopefully ada lagi event mcm ni masa akan datang..
________________________________________________________
Ok, tamat cerita pasal gig tu..next ialah cerita yang bertuah tu..pernah tak korang terpikir nak berjumpa face to face dgn artis yang menjadi idola anda, hari hari anda dengar lagu mereka d radio, internet atau tv, sanggup tahan lapar ketika rehat utk kumpul duit dan beli kaset mereka (masa sekolah dulu) dan lebih2 lagi sekiranya artis itu byk influences anda tak kira dari segi apa..Ni la yang terjadi pada hari yang sama juga..Kalau ingat balik rasa mcm mimpi pula..Artis yg sy maksudkan tu ialah XPDC. Band heavy metal fav sejak dari sekolah rendah lagi semenjak dari album Brutal.
Lepas balik dari gig sy ke tapak konsert (venue lain) utk tengok persembahan artis2 sempena program Sejiwa Senada yang aktif di Seluruh Sarawak sekarang ni. Mulanya ingatkan Kristal yg buat show, tapi bukan, rupanya yang lebih otai pula..Band fav lagi tu..Ni ialah konsert mereka yg kedua kat Miri yang aku lihat secara live. 1st konsert dulu tgk dari jauh je & x dapat jumpa & bergambar..hehe. Malam tu mereka main 4 lagu (Bahalol, Puing Cinta, Semangat Yang Hilang & Apa Nak Dikata).
Paling best dapat bersalaman, bercakap, bergambar dengan XPDC (Izo, Amy, Zuar, Mael) juga mlm tu kat backstage..
Paling best lagi, bila Izo (gitaris) bertanya seperti dialog ini:
Izo: Mana beli baju tu?
Aku: Kat Imperial Mall.
Izo: Tingkat berapa?
Aku: Mmm tingkat 2 atau pun 3. (Perbualan terhenti di situ sebab sibuk nak bergambar..hehe).
Gambar bersama XPDC yang lain belum dapat lagi sebab tu kamera kwn kpd kwn aku..nanti2 la update post ni letak gambar dgn XDPC..hehe. Memang mlm tu sy rasa bertuah sangat. XPDC ni la yg inspired sy untuk main alat muzik especially drum & gitar. 1st lagu yang sy tau main guna gitar sampai habis termasuk solo sekali ialah lagu "Hidup Bersama"..Kalau bkn XPDC yg popularkan lagu tu semula mgkin sy xtau main muzik..hehe..Btw, sampai pagi tu sy rasa mcm mimpi pula mlm tu..hehe..Ok la..stakat ni sampai sini saja la..pjg btul post kali ni..Gudnite..